Hadith Amalan Sunat Aidil Adha Yang disukai Allah

 Hari raya Aidil fitri dan hari raya aidil adha ialah 2 daripada hari kebesaran di dalam Islam. Ada amalan-amalan sunat yang di sarankan untuk ummat Islam melakukannya di hari kebesaran ini. Hadith kali ini, kita akan bincangkan secara ringkas tentang amalan sunat aidil adha yang disukai Allah pada hari raya tersebut.


amalan sunat aidil adha



Amal Yang Disukai Allah Pada Hari Aidil Adha


عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا


Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Aidil Adha selain menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Dan sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan melakukannya” 

(Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan


Pengajaran:


1. Amal yang paling Allah sukai pada Hari Raya Aidil Adha (amalan sunat aidil adha) daripada setiap Muslim ialah melaksanakan ibadah korban


2. Mereka yang melaksanakan ibadah korban ini di hari akhirat nanti akan datang binatang yang dikorbankan berserta tanduk, kuku dan bulunya sebagai saksi ibadat yang telah mereka laksanakan semasa di dunia


3. Ibadah Korban yang ikhlas dilaksanakan oleh Muslim, akan diterima Allah dan diredaiNya sebelum darahnya menitik ke bumi.


4. Justeru itu, laksanakanlah amalan sunat aidil adha iaitu ibadah korban dengan memastikan binatang yang terbaik berdasarkan kemampuan kewangan, cara penyembelihan dan pengagihan daging yang sempurna. 


Semoga kita ikhlas melaksanakan ibadah korban. Semoga amalan sunat Aidil Adha iaitu ibadah korban kita diterima Allah. 

 WallahuA'lam

Baca: Sejarah Doa Qunut

Baca juga: Amalan Bulan Ramadhan yang disukai Allah

Post a Comment

Previous Next

نموذج الاتصال