Sejarah Doa Qunut

 Ramai yang tak tau pasal ni. Sebenarnya Doa Qunut yang kita baca pada rakaat kedua, selepas rukuk (semasa i'tidal) itu ada kisahnya tersendiri. Kisahnya yang sangat menyayat hati. Admin tahu tentang sejarah doa qunut ni pun lepas terbaca artikel Doa Qunut dari blog sohoque.com.

Cerita tersebut berdasarkan kepada hadith yang agak panjang yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik. Admin ringkaskan ceritanya dengan mengambil huraian hadith sahaja.

sejarah-doa-qunut


Inilah ceritanya:

Hadith tentang peristiwa menyayat hati ini berkisar tentang ahli Qurra’ (Qari-Qari Al-Quran dan mereka yang tahu hukum agama) yang seramai 70 orang daripada kalangan Ansar yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada satu qabilah Arab di Najd.

Qabilah Arab ini sebenarnya datang kepada Rasulullah sebelum itu dengan tujuan untuk menipu dan bukan untuk masuk Islam. Mereka ini berpura-pura bahawa mereka telah masuk Islam dan berkata wahai Rasulullah, “hantarlah kepada kami guru-guru untuk mengajar kami”.

Maka Rasulullah menghantar 70 orang ahli Qurra’ ini. Sewaktu di pertengahan jalan sebelum sampai ke destinasi, tiba-tiba mereka telah diserang oleh pihak musuh Islam. Ahli Qurra’ ini telah diperangkap oleh Qabilah Arab Badawi. Qabilah ini bukan mahu memeluk Islam tetapi mahu menipu untuk membunuh sahabat-sahabat radhiyallahu ‘anhum.

Mereka yang diperangkap ini terdiri daripada sahabat-sahabat yang mengaji bersama dengan Rasulullah s.a.w di waktu malam hari dan di waktu siang mereka mencari kayu api dan menjualnya untuk membeli makanan untuk diberikan kepada ahli Sufah (orang-orang faqir dan miskin yang tinggal di serambi rumah Nabi s.a.w).

Mereka juga mengangkut air dan diletakkan di masjid untuk dijadikan air wudhu’ oleh mereka yang datang ke masjid. Mereka ini merupakan orang-orang yang baik dan mulia. Tiba-tiba Allah memilih mereka untuk mati syahid.

Sebelum mereka dibunuh, mereka sempat berdoa kepada Allah Ta’ala dengan doa (antara yang berdoa itu ialah Haram Bin Milhan, bapa saudara Anas r.a) : “Ya Allah Ya Tuhan kami, sampaikan berkenaan kami (berita yang berlaku kepada kami ini) kepada Nabi kami sesungguhnya kami telah menemui-Mu dan kami redha kepada-Mu dan Engkau redha kepada kami”.

Ketika mereka sedang berdoa, datang seorang kafir lalu menikam Haram dari belakang sehingga menembusi dadanya. Sebelum menghembuskan nafaz yang terakhir haram berkata : “Demi Tuhan, aku telah berjaya”. Haram gembira kerana mati syahid. Berita ini kemudiannya dibawa oleh Malaikat Jibril ke madinah dan menyampaikannya kepada Rasulullah s.a.w. Nabi s.a.w sangat sedih dan menangis apabila menerima berita ini.

Salah seorang dari ahli Qurra’ dibawa ke Mekah dan diserahkan kepada golongan Musyrikin Mekah lalu dihiris dengan pisau dan dijadikan upacara oleh Musyrikin Mekah lalu mereka mempersendakan bagaimana kalau kami memberitahu kepada Muhammad kamu diseksa. Kata sahabat itu : “Aku tidak rela Muhammad kena duri, lebih baik aku dibunuh.”

Seorang pemimpin kafir yang masuk Islam sesudah itu menceritakan peristiwa ini : “Aku tidak pernah tengok seorang yang kasih kepada seorang yang lain sebagaimana sahabat Muhammad kasih kepada Muhammad s.a.w sehingga rela mati daripada Muhammad kena duri apatah lagi dibunuh.” Ketika dihiris, sahabat ini mengatakan bahawa dia telah mencapai kebahagiaan sebagaimana yang telah dijanji oleh Allah Ta’ala dan dijanji oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w telah menerima berita ini daripada Malaikat Jibril.

Disebabkan peristiwa itu, Rasulullah telah mengarahkan dan mengajak sahabatnya berqunut dan bermula itulah qunut dibaca dalam solat Subuh.

Doa Qunut ialah memohon petunjuk dari Allah, dan memohon Allah memberi pertolongan dan memberi kekuatan dalam menghadapi musuh-musuh Islam.

Post a Comment

Previous Next

نموذج الاتصال