Azab Bagi Orang Yang Fazik

 ‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا يَمَسُّهُمُ الْعَذَابُ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ [الأنعام : 49]


Ertinya: "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa dengan sebab mereka berlaku fasik." (Surah Al-An'aam: 49)


azab bagi orang fasik



🌼 Keterangan Ayat:


1. Allah SWT menjelaskan akibat yang akan menimpa orang-orang yang mendustakan ayat-ayatNya! Mereka yang enggan untuk beriman!


2. Mereka telah mensia-siakan peluang! Mereka tidak akan mendapat ganjaran dari Allah! Bahkan mereka akan ditimpakan azab! 


3. Mereka akan merasai azab kerana mereka telah derhaka kepada Tuhan! Mereka telah ingkar dan kufur! Mereka telah melakukan kefasikan!


Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.


🌼 Antara Petunjuk Ayat:


1. Islam telah memberi peluang kepada manusia! Memberi pilihan sama ada ingin beriman atau tidak! Tiada paksaan dalam Islam! 


2. Siapa yang beriman akan diberikan ganjaran! Mereka tidak akan menanggung kerugian! Mereka tidak akan menyesal!


3. Siapa yang kufur akan menanggung kerugian dan dosa! Mereka akan merasai azab dan seksa! Mereka akan bersedih dan menyesal!


🌼 Kaedah Beramal:


1. Hendaklah kita memilih untuk beriman! Tidak perlu memaksa manusia untuk beriman! Orang yang berakal pasti memilih untuk beriman!


2. Hendaklah kita beriman kepada ayat-ayat Allah! Mengikut petunjukNya! Jangan mengikut telunjuk syaitan!


3. Hendaklah kita memilih ganjaran Allah! Jangan memilih azabNya! Pilihan adalah di tangan kita! Jangan tersalah pilih!


Ya Allah jadikanlah kami orang yang beriman kepada ayat-ayatMu dan mengikut petunjukMu, jauhkanlah kami dari azabMu. 


Aamiin.


 WallahuA'lam

Post a Comment

Previous Next

نموذج الاتصال