Azab Allah - Peringatan Kepada Kaum Kafir Tentang Azab Allah | Al-An'am : 47

Azab Allah ialah bala ataupun siksaan yang diturunkan oleh Allah kepada hambaNya yang ingkar dengan suruhan dan laranganNya. Biasanyaazab Allah ini jika diturunkan, ia tidak hanya diturunkan kepada majoriti kaum atau masyarakat yang melakukan kemaksiatan, dosa besar dan keingkaran kepada Allah sahaja, malah segelintir orang soleh yang patuh dengan ajaran Islam juga akan turut menerima akibat.

Dulu sebelum dutuskan nabi akhir zaman Muhammad saw, ada bala ini diturunkan secara langsung kepada yang melakukan kesalahan dan dosa seperti ummat terdahulu yang bertukar menjadi monyet kerana keingkaran kepada larangan Allah pada masa itu (sekadar menyentuh satu daripada banyak contoh). Setiap azab Allah ataupun bala yang menimpa sesuatu kaum, pasti telah ada peringatan yang Allah telah berikan melalui rasul utusanNya.

Namun setelah nabi Muhammad saw diutuskan, berkat kemuliaan baginda, Allah telah menangguhkan kebanyakan bala dan siksaan dunia kepada pelaku maksiat dan dosa yang dilarang. 

Kali ini kita renung sepotong ayat Al-Quran yang pendek tentang ayat Al-Quran yang menyebut tentang siksaan dan azab Allah:


Firman Allah SWT:

 

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡـمَÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِـــــــيمِ


Ù‚ُÙ„ْ Ø£َرَØ£َÙŠْتَÙƒُÙ…ْ Ø¥ِÙ†ْ Ø£َتَاكُÙ…ْ عَØ°َابُ اللَّÙ‡ِ بَغْتَØ©ً Ø£َÙˆْ جَÙ‡ْرَØ©ً Ù‡َÙ„ْ ÙŠُÙ‡ْÙ„َÙƒُ Ø¥ِÙ„َّا الْÙ‚َÙˆْÙ…ُ الظَّالِÙ…ُونَ [الأنعام : 47]


Ertinya: "Katakanlah:" Bagaimana fikiran kamu, jika datang kepada kamu azab Allah dengan tiba-tiba, atau dengan terang-terang (setelah diperlihatkan tanda-tanda yang menunjukkan kedatangannya), siapakah yang akan binasa, selain dari kaum yang zalim?." (Surah Al-An'aam: 47)


Peringatan kepada kaum kafir



Keterangan Ayat:


1. Allah SWT memerintahkan Nabi SAW supaya memberi peringatan kepada orang-orang yang kufur! Orang yang menzalimi diri mereka sendiri!


2. Peringatan mengenai azab Allah yang datang secara mengejut atau secara terang terangan! Siang atau malam! Azab yang membinasakan!


3. Hanya orang yang zalim sahaja yang akan binasa! Orang yang kufur dan derhaka! Mereka sebenarnya hanya membinasakan diri mereka sendiri!


Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll.


Antara Petunjuk Ayat:


1. Peringatan Allah adalah untuk menyelamatkan kita dari kebinasaan! Supaya kita sedar dan kembali kepadaNya!


2. Azab Allah hanya diperuntukkan kepada orang yang zalim! Orang yang kufur dan derhaka! Tidak kepada orang yang beriman dan patuh kepada perintahNya! 


3. Orang yang kufur dan derhaka adalah orang yang zalim! Mereka menzalimi diri sendiri! Mereka membinasakan diri sendiri!


Kaedah Beramal:


1. Hendaklah kita ingat kepada peringatan Allah! Jangan melanggar peringatanNya! Jangan membinasakan diri sendiri!


2. Hendaklah kita memberi peringatan kepada orang yang kufur dan derhaka! Jangan biarkan mereka dalam kekufuran dan kederhakaan!


3. Hendaklah kita beriman dan patuh kepada perintah Allah! Jangan kufur dan derhaka! Jangan menzalimi diri sendiri!


Ya Allah kami bertaubat kepadaMu, ampunkanlah segala dosa dan kesalahan kami, peliharalah kami dari azab dan seksaanMu. 


Aamiin.


 WallahuA'lam

Post a Comment

Previous Next

نموذج الاتصال